4.1 Maksud Internet
Internet atau Net adalah rangkaian komputer yang terbesar di dunia yang menghubungkan berjuta-juta komputer di seluruh dunia. Kebanyakkan
organisasi termasuk agensi kerajaan, swasta,
institusi pendidikan dan individu yang telah disambungkan
ke Internet.
4.2 Perkhidmatan Internet
Manusia menggunakan pelbagai alasan dalam menggunakan internet seperti komunikasi,
pembangunan dan penyelidikan, perbankan dan pelaburan, perdagangan atas talian,
organisasi informasi, peribadi, hiburan, berkongsi maklumat aplikasi web, muat turun video, emel,
berbual secara dalam talian (chatting)
dan lain-lain.
Pembekal
perkhidmatan internet merujuk kepada organisasi yang membekalkan pengguna
dengan capaian internet dan khidmat-khidmat yang berkaitan. Pada awalnya,
pembekal perkhidmatan Internet merupakan
syarikat telefon. Kini, sesiapa sahaja yang mempunyai wang dan kepakaran boleh
melakukannya. Di Malaysia, terdapat beberapa ISP yang menyediakan perkhidmatan
internet kepada pengguna. Antaranya ialah TMNet, Jaring, Maxis, Celcom, Digi, P1WiMax
dan Yes.
4.3 Pengkelasan
Laman Web
Pada
asalnya laman web hanya merupakan laman bermaklumat yang berasaskan teks sahaja. Laman web pada masa itu berfungsi untuk
mendapatkan maklumat dan informasi. Sekarang
dengan adanya World Wide Web atau
Internet maka wujudnya laman web dari pada pelbagai jenis dan kategori.
Terdapat 13 jenis laman web dan ada yang jenis hibrid.
4.4 Penerangan
Url
Setiap laman web mempunyai alamatnya sendiri yang dikenali sebagai URL (Uniform Resoure Locator) seperti berikut:
Setiap laman web mempunyai alamatnya sendiri yang dikenali sebagai URL (Uniform Resoure Locator) seperti berikut:
Perbezaan HTTP dengan HTTPS
Hypertext Transfer Protocol
(HTTP) ialah rangkaian komunikasi yang biasa digunakan pada laman web
seperti blog yang tidak melibatkan pemindahan maklumat sulit seperti kad
kredit. Hypertext
Transfer Protocol Secure (HTTPS) pula bekerja
dengan SSL di mana SSL Digital
Certificate perlu dipasang ke web server terlebih dahulu sebelum menggunakan
HTTPS. Biasanya HTTPS
digunakan pada laman web yang melibatkan pemindahan maklumat sensitif ke web server. Contohnya laman web
perbankan atas talian, e-mel, dan laman web e-dagang (e-commerce). Kebiasaannya
HTTPS dijual oleh penyelia web hosting.
SSL Digital
Certificate yang termurah di pasaran adalah Rapid SSL dan sesuai digunakan
pada laman e-dagang.
Sekiranya
laman web meminta memasukkan maklumat kad kredit anda pastikan alamat tersebut
bermula dengan https:// tetapi sekiranya tidak
jangan masukkan demi keselamatan anda.
4.5 Perbezaan Web 1.0, Web 2.0 Dan Web 3.0
(Semantic Website)
1 Web 1.0
Web 1.0 merupakan
teknologi web generasi pertama yang merupakan revolusi baru di dunia internet
kerana telah mengubah cara kerja dunia industri dan media. Pada dasarnya, laman
web (website) yang dibangun pada generasi
pertama ini secara umum dikembangkan untuk pengaksesan informasi dan memiliki
sifat yang sedikit interaktif. Pada era Web 1.0, apabila anda membuka internet browser dan mulai mencari informasi, anda akan dapati
teknologi bagaikan sebuah buku raksasa, iaitu anda harus mencari halaman demi
halaman untuk menemukan informasi tersebut.
2 Web 2.0
Istilah
Web 2.0 pertama kalinya diperkenalkan oleh O’Reilly Media pada tahun 2004
sebagai teknologi web generasi kedua yang memberi kemudahan interaksi yang lebih
bebas antara satu dengan lain seperti kolaborasi dan kongsi informasi secara dalam talian. Contoh Web 2.0
ialah youtube, wiki,
flickr, facebook, word processing,
spreadsheeting, free web-based, online
banking dan e-mel. Pada era Web 2.0,
anda boleh membuka internet browser dan
mencari informasi, anda dapat berkongsi maklumat, berkomunikasi dan bertukar
fikiran dengan pengguna internet yang lain. Informasi yang diperolehi adalah
lebih lengkap. Contohnya,sebelum ini ensiklopedia.com menyajikan semua informasi
yang anda perlukan. Namun kini,
wikipedia.com menyajikan seluruh pengetahuan yang anda ketahui kepada orang
lain. Selain itu, setiap orang boleh menyumbangkan idea dan pengetahuan mereka
pada laman tersebut dan menjadikan informasi semakin padat dan lengkap.
3 Web 3.0
Menurut
John
Markoff (2006), terdapat konsep web masa depan di mana arah
perkembangan teknologi web selanjutnya melebihi Web 2.0, iaitu Web 3.0. Konsep Web 3.0 adalah smart internet experience atau intelligent internet experience.
Menurut Nova
Spivack perkembangan Web 3.0 akan berkisar pada tahun
2010-2030. Beliau ialah pakar dan perintis dalam bidang Semantic Web. Semantic Web
adalah salah satu komponen atau syarat paling penting dari konsep web 3.0. Era Web 3.0 Semantic Web adalah website
yang dilengkapi dengan ciri komputer yang dapat berfikir. Namun melalui Semantic
Web diharapkan komputer dapat menggantikan peranan manusia untuk “berfikir,
menganalisis dan menentukan” informasi yang sedang dicari. Contohnya, apabila anda mencari perkataan
“kuda”, anda akan memperoleh semua informasi/data
biologi tentang spesies kuda termasuk mainan berbentuk kuda, DVD tentang kuda
dan pelbagai maklumat berkaitan kuda.
Web 1.0
|
Tertutup, individual publishing, komunikasi sehala, penglibatan
pasif membaca sahaja laman web
persendirian.
|
Web 2.0
|
Kolaborasi, penglibatan berkumpulan, komunikasi 2
hala, penglibatan yang aktif, pengguna
– menjana kandungan dan blogging, print
and digital – unfiltered
“The social web”.
|
Web 3.0
|
Aplikasi dinamik, perkhidmatan interaktif “The intelligent Web” digital, dynamic – filtered.
|
Web 1.0
Merupakan
teknologi web yang pertama kali digunakan dan merupakan sebuah bentuk
revolusi terbaru di dunia internet. Tujuan pengembangan daripada web ini
adalah untuk kemudahan dalam pengaksesan informasi. Web 1.0 bersifat statis
dan halaman webnya hanya dapat menampilkan sahaja, halaman web benar-benar
direka sebagai HTML yang asli, dan komunikasinya biasanya hanya satu arah.
|
Web 2.0
Merupakan web yang muncul setelah
keberadaan Web 1.0. Web 2.0 ini bersifat Read-Write dan Web 2.0 memiliki
kemampuan melakukan aktivita drag and
drop, auto complete, chat, voice yang dapat dilakukan seperti aplikasi
desktop. Web 2.0 pertama kali disebutkan oleh O'Reilly Media pada tahun 2003,
dan tahun 2004 dilancarkan dalam persidangan Web 2.0 pertama. Oleh kerana bersifat platform, aplikasi-aplikasi pada Web 2.0 tidak lagi terbatas
kepada sistem operasi seperti pada Windows. Kelebihan lain dari aplikasi Web
2.0 ialah menggunakan teknik-teknik penprograman yang “ringan” seperti AJAX
dan RSS, maksudnya Ajax atau Asynchronous JAVA Script dan XLM itu bekerja
dengan mengirimkan permintaan data dari user
ke server dan hasil dari
permintaan data tidak dikemukakan sebagai halaman HTML yang penuh, tetapi
hanya sebagian kecil halaman. Dalam Web 2.0 ada menggunakan Web
Service
dan REST sebagai teknologi asas.
|
Web 3.0
Ini merupakan web generasi ketiga setelah
Web 1.0 dan Web 2.0. Dalam pengembangannya, Web 3.0 membuat tampilan
seolah-olah seperti nyata atau hidup. Dalam hal search engine, web 3.0 tidak hanya dapat menemukan keywords yang akan user cari, tetapi
dapat juga menginterpretasi konteks dari pemintaan yang pengguna lakukan. Ia
akan mencarikan hasil yang lebih sesuai dan mencadangkan kandungan yang berkaitan.
Saat ini Web 3.0 mulai dikembangkan di beberapa perusahaan dunia, seperti Secondlife
dan Google Co-Ops.Ciri - ciri Web 3.0: Tran
|
Perbezaan Web 1.0,
Web 2.0 dan Web 3.0 (Semantic Website)
No comments:
Post a Comment