Tuesday, 14 October 2014

Topik 1. Pengenalan Kepada Rangkaian


1. Pengenalan Kepada Rangkaian

1.1 Definisi Rangkaian

Rangkaian komputer terdiri daripada dua atau lebih komputer  yan dihubungkan   untuk   berkongs sumber (seperti pencetak dan CD-ROM), berkongsi fail, dan membenarkan   komunikassecara   elektronik.   Komputer dalam rangkaian boleh dihubungkan melalui kabel, talian telefon, gelombang radio, satelit, bluetooth dan cahaya inframerah.


2. Kebaikan menggunakan rangkaian

2.1    Berkongsi fail 

perkongsian fail dalam rangkaian komputer memberikan kita lebih banyak manfaat dan kebaikan . Kita boleh menggunakan rangkaian untukberkongsi  salinan data penting kita pada komputer yang berbeza, contoh berkongsi gambar, fail muzik dan dokumen.
2.2  Berkongsi peranti Di dalam rangkaian komputer peranti seperti  pencetak laser, mesin faks, modem, pengimbas dan pemain CD-ROM boleh dikongsi oleh ramai pengguna.
2.3   Berkongsi akses internet-  Pengguna boleh mengakses internet secara serentak dalam rangkaian komputer.
2.4  Berkongsi Perisian Dalam rangkaian, semua perisian boleh dipasang di dalam sebuah komputer yang dipanggil  server. Ini  menjimatkan  masa,  tenaga  dan kos.
2.5   Mel Elektronik- Membolehkan pengguna menghantar e-mel dari satu pengguna kepada pengguna yang lain.
2.6  Memindahkan fail – Rangkaian boleh memudahkan pemindahan fail dari satu komputer ke komputer yang lain.





RANGKAIAN WAYAR DAN TANPA WAYAR

Rangkaian berwayar

1. Rangkaian Kawasan Setempat (LAN)

Rangkaian kawasan setempat (local area network-LAN) adalah kumpulan komputer dan peranti rangkaian yang disambung bersama-sama biasanya di bangunan yang sama seperti; seperti rumah, pejabat . Bentuk LAN yang paling mudah adalah dua buah komputer berhubung


menerusi wayar.






2. Rangkaian Kawasan Luas (Wide Area Network-WAN).

Ia merupakan rangkaian komputer jarak jauh dan teknologi yang biasanya digunakan untuk menyambungkan komputer yang berada pada lokasi yang berbeza seperti (negeri, negara & benua). WAN disambungkan melalui sistem telefon atau satelit. WAN yang paling besar dan


terkenal ialah Internet.


Rangkaian Tanpa Wayar

1 Rangkaian wayar dan tanpa wayar


Logo Wi-Fi

Wi-Fi (wireless fidelity) adalah satu set standard yang merujuk kepada Rangkaian Kawasan Setempat Tanpa Wayar yang menggunakan  spesifikasi IEEE 802.11.
Kelebihan  menggunakan Wi-Fi adalah seperti berikut:

·   Mudah: Anda boleh menyambungkan komputer di rumah atau sekolah tanpa wayar. Komputer yang disambungkan ke rangkaian boleh berada sehingga
30 meter.

·   Kos: Rangkaian Tanpa Wayar mudah untuk dipasang dan tidak mahal.
Rangkaian tanpa wayar ialah perpindahan maklumat antara satu titik ke titik yang lain yang tidak berhubung secara fizikal. Ia juga dalam jarak yang dekat, seperti beberapa meter atau jarak yang sangat jauh. Penggunaan Wi-Fi adalah merujuk kepada sistem rangkaian pautan tanpa wayar yang menggunakan hubungan jalurlebar(broadband), titik capaian (access point) dan kad Wi-Fi yang diinstal di dalam komputer bagi membolehkan pengguna berkongsi fail dan pencetak serta melayari internet sama seperti rangkaian LAN biasa.


_____________________________________________
Rangkaian Tanpa Wayar

                 




No comments:

Post a Comment