Wednesday, 15 October 2014

Topik 3.Protokol

3.1       Definisi Tcp/Ip
Protokol Internet (IP) dan TCP (Protokol Kawalan Penghantaran) pada asasnya adalah set peraturan (protokol) untuk satu rangkaian berkomunikasi dengan rangkaian lain dalam penghantaran data antara komputer.

Bagaimana Data Dapat di Hantar Melalui Internet?
Data dibahagikan kepada bahagian-bahagian yang kecil yang dikenali sebagai paket, ini membolehkan pergerakan data lebih efisien melalui Internet. Data-data ini mungkin terdiri daripada mesej dalam e-mel, fail dan sebagainya. Paket yang diterima akan dikumpulkan semula dalam susunan yang betul menjadi data. Bagi TCP/IP laluan di mana paket dihantar melalui Internet adalah tidak penting. Sekiranya mesej dihantar ke Korea, paket yang pertama mungkin melalui Thailand, manakala paket kedua mungkin melalui laluan satelit China. TCP/IP akan memastikan bahawa paket sampai ke lokasi yang dituju dengan betul dan disusun semula walaupun paket pertama sampai lebih lambat daripada paket kedua.
  




Rajah 3.0 : Penghantaran Data Melalui Internet






TCP/IP adalah sebuah program dua-lapis.
1.    Lapis lebih tinggi iaitu Protokol Kawalan Penghantaran (TCP), mengendalikan penterjemahan dari data menjadi paket yang lebih kecil. Paket ini ditransmisikan melalui Internet dan diterima oleh lapis TCP (komputer destinasi) yang diterjemahkan kembali paket ke data yang asal.
2.    Lapis yang lebih rendah iaitu Protokol Internet (IP) mengawal alamat IP dari setiap paket sehingga sampai ke tempat yang dituju dengan betul. Setiap komputer perlu mempunyai satu alamat IP yang unik. Dengan alamat IP yang unik, komputer yang berada dalam Internet boleh dikenali tanpa mengira di mana komputer tersebut berada.

3.2   Penerangan Kepada Alamat IP
Internet adalah sebuah kombinasi sambungan dari banyak komputer di dunia. Dalam berkomunikasi, komputer-komputer yang berhubung memerlukan alamat supaya data dapat dihantar ke tempat yang betul. Alamat tersebut menjadi pengenalan diri bagi sesebuah komputer bertujuan mengenali komputer yang mengirim data kepadanya dan sebaliknya.

Definisi Alamat IP

Alamat IP merupakan singkatan dari alamat Internet Protokol. Pengertian alamat IP adalah suatu identiti numerik yang dilabelkan kepada suatu alat seperti komputer, penghala atau pencetak yang terdapat dalam suatu jaringan komputer yang menggunakan Internet Protokol sebagai cara komunikasi. Alamat IP memiliki dua fungsi:
1.    Sebagai alat identifikasi hos atau antaramuka pada jaringan
Fungsi ini digambarkan sebagai nama orang untuk mengenali siapa orang tersebut. Dalam jaringan komputer berlaku hal yang sama.

2.    Sebagai alamat lokasi jaringan
Fungsi ini digambarkan seperti alamat rumah kita yang menunjukkan lokasi kita berada. Untuk memudahkan pengiriman paket data, maka alamat IP memuat informasi destinasi. Ada laluan yang harus dilalui agar data dapat sampai ke komputer yang dituju.

Alamat IP dibentuk daripada 32 bit binari (1 atau 0) yang dibahagikan ke dalam 4 octet. Setiap octet ditukarkan ke dalam nombor decimal dengan setiap satu di antara 0 hingga 255 dan dipisahkan dengan titik.

Contoh alamat IP:
 49.236.206.245


Kelas alamat IP:
Kelas A: 1.0.0.0 – 127.255.255.255
Octet 1
Octet 2
Octet 3
Octet 4
1
2
3
4
5
6
7
8
1
2
3
4
5
6
7
8
1
2
3
4
5
6
7
8
1
2
3
4
5
6
7
8
0































Net id
Nod id

Kelas B: 128.0.0.0 – 191.255.255.255
Octet 1
Octet 2
Octet 3
Octet 4
1
2
3
4
5
6
7
8
1
2
3
4
5
6
7
8
1
2
3
4
5
6
7
8
1
2
3
4
5
6
7
8
1
0






























Net id
Nod id

Kelas C: 192.0.0.0 –223.255.255.255
Octet 1
Octet 2
Octet 3
Octet 4
1
2
3
4
5
6
7
8
1
2
3
4
5
6
7
8
1
2
3
4
5
6
7
8
1
2
3
4
5
6
7
8
1
1
0





























Net id
Nod id

Istilah-istilah kelas ini jarang digunakan dengan pengenalan classless interdomain routing (CIDR).




Nama Domain (Domain Name)

Nombor IP sukar untuk diingati, Internet membolehkan perwakilan nombor alamat IP dalam bentuk teks yang dikenali sebagai nama domain. Seperti alamat IP, nama domain juga dipisahkan dengan titik.

No comments:

Post a Comment