5.1 Kebaikan
dan Keburukan Internet
5.1.1 Kebaikan Internet
1 Perkongsian
Maklumat
Pelbagai maklumat dapat dikongsi dan
diperolehi dengan hanya melayari internet tanpa dikenakan sebarang bayaran dan
had masa. Maklumat yang diperolehi bukan
sahaja dalam bentuk teks tetapi juga dalam bentuk grafik. Pelayar sesawang
hanya perlu menggunakan enjin carian untuk mendapatkan maklumat yang mereka
inginkan sama ada digunakan untuk pembelajaran, kajian, ilmu pengetahuan dan
sebagainya. Di internet, terdapat banyak enjin carian dan google.com,
search.com dan yahoo.com adalah beberapa contoh enjin carian yang lazim
digunakan.
2
Alat Komunikasi
Internet telah dijadikan sebagai platform untuk
berkomunikasi. Internet merupakan alat
komunikasi yang amat mudah dan tanpa memerlukan kos yang tinggi. Penggunaan messenger seperti Yahoo, Skype, Gtalk
dan Hotmail telah memudahkan lagi komunikasi antara pelbagai pihak dan
penggunaanya amat meluas. Selain
berkomunikasi dengan menggunakan teks, penggunaaannya telah dipertingkatkan
lagi dengan penggunaan suara dan video yang membolehkan kita berkomunikasi
dengan menggunakan suara sambil melihat wajah masing-masing hanya dengan
menggunakan internet. Alat komunikasi
ini juga amat berguna kepada syarikat-syarikat yang mempunyai cawangan di serata
dunia. Komunikasi antara setiap cawangan
seluruh dunia dapat dijalankan hanya menggunakan Video Conferencing atau Tele-conference.
3 Jimatkan
Kos dan Masa
Penggunaan
internet ini secara tidak langsung telah menjimatkan kos seperti kos panggilan
telefon dan kos pengangkutan. Bagi penjimatan kos panggilan misalnya,
kebiasaannya kos panggilan ke antarabangsa dengan menggunakan telefon analog
amat mahal jika dibandingkan dengan penggunaan skype yang tidak mengenakan sebarang caj. Manakala penggunaan voice over internet protocol (VOIP) ternyata caj yang dikenakan
jauh lebih murah berbanding kos panggilan biasa. Penjimatan kos pengangkutan ketara dapat
dilihat di syarikat-syarikat besar yang mempunyai cawangan di seluruh dunia.
Mesyuarat atau perbincangan dapat dilakukan hanya dengan menggunakan video conference atau tele-conference. Mereka tidak perlu mengembara ke serata
tempat untuk bermesyuarat.
4 Berita
Terkini
Penggunaan
internet telah memudahkan berita terkini disampaikan dengan cepat. Kebanyakan surat khabar mempunyai laman web
sendiri seperti The Star dan CNN. Laman web ini sentiasa dikemas kini dan memaparkan
berita terkini yang berlaku di seluruh dunia.
5 Promosi
Internet dijadikan alat untuk
mengiklan produk untuk sesebuah syarikat.
Internet bukan sahaja murah malah lebih berkesan kerana boleh diakses di
seluruh dunia. Terdapat syarikat yang menawarkan program berkembar yang amat
berkesan dan murah untuk mengiklankan produk sesebuah syarikat atau orang
perseorangan.
6 Hiburan
Terdapat pelbagai bentuk hiburan boleh
dinikmati hanya dengan melayari internet.
Kita boleh menonton secara dalam talian dengan hanya melayari pelbagai laman
web yang menyediakan perkhidmatan tersebut seperti http://www.youtube.com dan
http://www.mysoju.com. Selain itu, terdapat juga permainan (games) yang boleh
dimainkan secara dalam talian bersama-sama dengan gamers dari serata dunia. Melalui internet terdapat juga hiburan
lain seperti mendengar muzik dan berinteraksi dengan kawan-kawan baru di alam maya.
7 Pendidikan
Secara Dalam Talian
Pada masa kini terdapat banyak universiti
yang telah menawarkan pendidikan secara jarak jauh yang memerlukan perkhidmatan
internet. Pelajar tidak perlu menghadiri kuliah secara fizikal kerana kuliah
dilakukan secara dalam talian dan pelajar hanya mengaktifkan video conference untuk menghadiri
kuliah. Nota pembelajaran boleh dimuat turun secara dalam talian, kuliah boleh
direkodkan dan pelajar boleh mendengar kuliah tersebut secara berulangkali. Disamping
itu, keputusan peperiksaan juga boleh diperolehi secara dalam talian.
8 Perkhidmatan
Pada masa kini syarikat-syarikat
seperti syarikat perbankan, penerbangan, bas, hotel dan agensi pelancongan
menawarkan perkhidmatan secara atas talian bagi memudahkan pengguna. Contohnya, Maybank2u menawarkan perkhidmatan
perbankan secara atas talian dan para pemegang akaun Maybank boleh menggunakan perkhidmatan
yang ditawarkan tanpa memerlukan caj yang berlebihan. Begitu juga dengan syarikat
penerbangan, para pengguna boleh menempah tiket penerbangan secara atas talian
pada bila-bila masa.
9 Sosial
Laman sosial ialah alat untuk
berkongsi dan berhubung dengan sesiapa sahaja di seluruh dunia secara maya. Antara
laman sosial yang popular ialah Facebook, Twitter, Google+ dan Instagram. Melalui laman sosial, pengguna dapat berhubung
dengan rakan-rakan lama, mewujudkan kumpulan-kumpulan pengguna daripada minat
dan hobi yang sama dan mengemaskini aktiviti-aktiviti semasa dengan cepat dan
berkesan.
5.1.2 Keburukan Internet
1. Ketidaktepatan
Maklumat
Terdapat banyak maklumat yang boleh
kita perolehi dari internet. Namun
demikian, adakah semua maklumat tersebut tepat? Bagaimana kita hendak memastikan sama ada
maklumat yang kita terima itu tepat ataupun tidak? Ini memang boleh
mengelirukan malah memberi impak yang besar kepada sesetengah pihak. Terdapat pelbagai golongan yang menggunakan
internet dan menyebarkan maklumat mengikut kepentingan diri masing-masing. Ada
yang menggunakan internet untuk menabur fitnah bagi tujuan menjatuhkan pihak
tertentu. Oleh yang demikian, kita mestilah bijak menilai kesahihan sesuatu
maklumat yang diterima.
2. Virus/Malware/Worm/Trojan
Internet merupakan salah satu sumber
yang digunakan untuk menyebarkan segala virus, malware, worm atau trojan. Pengguna internet perlu mempunyai pengetahuan
tentang serangan virus, malware, worm atau trojan untuk memastikan komputer yang
digunakan selamat daripada serangan virus dan data selamat daripada diceroboh.
Kekurangan ilmu pengetahuan tentang cara-cara menghindari komputer kita daripada
serangan virus akan memudahkan komputer tersebut diceroboh. Virus, malware,
worm atau trojan ini bukan sahaja menyerang sebuah komputer malah boleh
menyerang komputer yang terdapat dalam rangkaian yang sama. Serangan ini akan
menyebabkan kerosakan kepada sistem komputer seterusnya akan menganggu prestasi
komputer dan juga rangkaian.
3. Bahan-Bahan
yang Tidak Bermoral
Pada masa kini terdapat banyak
bahan-bahan yang tidak bermoral seperti gambar-gambar dan video-video yang
tidak sesuai ditonton oleh golongan kanak-kanak dan remaja. Bahan-bahan ini memberi impak yang tidak baik
kepada masyarakat secara umumnya. Bahan-bahan begitu mudah didapati di
internet. Ibu bapa hendaklah memantau laman-laman web yang diakses oleh
anak-anak mereka dan sekiranya perlu, perisian penapisan internet seperti
Norton Family, DNS Angel, Bitdefender, Parental Controls, Family Safety dan
lain-lain, perlulah dipasang di komputer yang digunakan oleh anak-anak mereka.
Ini bagi memudahkan ibu bapa untuk memantau laman-laman web yang diakses oleh
anak-anak mereka.
4. Isu
Keselamatan
Pernahkah kita terfikir maklumat
peribadi kita yang terdapat di bank, sekolah, universiti, jabatan-jabatan
kerajaan selamat daripada diakses oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab? Bagaimanakah tahap keselamatan yang terdapat
di dalam pelayan-pelayan yang menyimpan data-data kita? Pelayan yang mudah digodam oleh para
penggodam boleh menyebabkan segala maklumat peribadi dan data-data sulit jatuh
ke tangan pihak yang tidak bertanggungjawab.
Tahap keselamatan dalam mengakses ke pelayan dan sistem sekuriti
rangkaian haruslah dipertingkatkan serta dikemaskini dari semasa ke semasa.
5. Pembaziran
Masa dan Melalaikan
Pembaziran masa berlaku sekiranya
terlampau lama bermain permainan dalam talian, sembang maya dan melayari
laman-laman yang tidak berfaedah. Aktiviti-aktiviti
ini boleh dilakukan tetapi masa yang diperuntukkan mestilah dihadkan. Laman sosial facebook sahaja mempunyai pelbagai aplikasi yang boleh diguna
seperti permainan dan sembang maya. Sesetengah
syarikat menyekat akses ke laman tersebut kerana boleh mengurangkan
produktiviti pekerja terhadap kerja mereka.
5.2
Kod Etika Kementerian Pendidikan Malaysia (Kpm)
i.
Pekeliling ICT Bilangan 1 Tahun 2012
Dasar Keselamatan Teknologi Maklumat
Dan
Komunikasi (DKICT) KPM Versi 2.0.
Dasar ini bertujuan menerangkan
peraturan-peraturan yang mesti dibaca, difahami dan dipatuhi dalam menggunakan
aset teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM). Pekeliling ini boleh dicapai melalui http://www.moe.gov.my/v/pekeliling-ict
ii.
Garis Panduan Penggunaan dan
Pengurusan E-Mel Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
Garis panduan ini berkenaan dengan
panduan penggunaan dan pengurusan e-mel KPM di sediakan bagi tujuan sebagai
panduan penggunaan dan pengurusan e-mel semua bahagian khususnya dalam
pengurusan penghantaran dokumen melalui e-mel. Garis panduan ini boleh dicapai
melalui pautan http://www.moe.gov.my/v/pekeliling-ict
iii.
Garis Panduan Norma Agihan dan
Tatacara Penggunaan Bagi Capaian Internet, E-Mel dan Broadband Tanpa Wayar Bagi
Tujuan Pengurusan dan Pentadbiran KPM.
Tujuan kertas ini untuk
menyediakan satu garis panduan berkaitan norma pengagihan dan tatacara
penggunaan bagi capaian internet, e-mel rasmi dan broadband tanpa wayar (wireless broadband) bagi kakitangan
pengurusan dan pentadbiran Kementerian Pendidikan Malaysia. Garis panduan ini boleh dicapai melalui http://www.moe.gov.my/v/pekeliling-ict
iv.
Surat Pekeliling ICT Bil. 2/2014 –
Garis Panduan Mengenai Struktur Tadbir Urus Jawatankuasa Laman Web/Portal
Kementerian Pendidikan Malaysia
Surat Pekeliling ini bermaksud memberi
panduan kepada Ketua-Ketua Bahagian, Jabatan/Agensi dan Badan Berkanun untuk
merujuk dan menerangkan mengenai pengukuhan tadbir urus Jawatankuasa Laman
Web/Portal Kementerian Pendidikan Malaysia. Surat Pekeliling ini boleh dicapai
melalui http://www.moe.gov.my/v/pekeliling-ict
v.
Garis Panduan Mengenai Struktur Tadbir
Urus Jawatankuasa Laman web/ Portal Kementerian Pelajaran Malaysia
Surat pekeliling ini bermaksud memberi
garis panduan kepada ketua-ketua Jabatan/ Bahagian untuk merujuk dan
menerangkan mengenai pengukuhan tadbir urus Jawatankuasa Laman web/portal Kementerian
Pendidikan Malaysia. Garis panduan ini
boleh dicapai melalui http://www.moe.gov.my/v/pekeliling-ict
5.3 Undang-Undang Siber
Malaysia
telah meletakkan asas yang kukuh pada pembangunan ICT dengan menyediakan
undang-undang. Sebagai permulaan sebanyak lima undang-undang telah digubal dan
diluluskan, seperti berikut:
i.
Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
ii. Akta Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia1998.
Iii Akta Tandatangan Digital 1997.
Iv Akta Jenayah Komputer 1997.
v.
Akta Teleperubatan 1997.
i.
Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Akta ini merupakan sendi kepada semua
undang-undang siber di Malaysia. Ia
menghuraikan mengenai dasar pembangunan ICT bagi negara ini. Dalam akta ini
disenaraikan 10 objektif dasar nasional bagi industri komunikasi dan multimedia
(Sila rujuk Akta untuk perinciannya, atau buku Mengenali Undang-undang Media
dan Siber). Akta ini juga meletakkan
janji Kerajaan mengenai tidak ada tapisan dalam internet di bawah Seksyen 3(3).
Berikutan dengan kelulusan Akta ini, sebuah kementerian khas diwujudkan yang
memasukkan elemen komunikasi dan multimedia di dalamnya. Kementerian ini pada
mulanya dikenali sebagai Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi (kini komponen
komunikasi dikeluarkan dan digabungkan dengan Kementerian Penerangan, bersama
dengan komponen Kebudayaan).
ii.
Akta Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia 1998
Akta ini membolehkan penubuhan sebuah
suruhanjaya untuk mengendalikan urusan berkaitan dengan jaringan seperti
internet. Ia juga mengambilalih kuasa perlesenan
terhadap spektrum penyiaran dan telekomunikasi. Urusan pos juga kini diletakkan
di bawah suruhanjaya ini.
iii.
Akta Tandatangan Digital 1997.
Akta ini digubal untuk membolehkan
diterima secara sah segala urusan melalui online
termasuk penggunaan tandatangan secara digital. Tujuan utamanya ialah sebagai usaha
meningkatkan e-commerce atau
e-dagang. Kelulusan undang-undang ini
perlu kerana pengesahan dari segi undang-undang adalah sukar untuk melaksanakan
dokumentasi secara online.
iv.
Akta Jenayah Komputer 1997.
Tujuan utama akta ini ialah untuk
melengkapkan undang-undang jenayah khususnya berkaitan dengan jenayah yang
dilakukan melalui jaringan komputer. Akta
ini memperuntukkan jenis-jenis jenayah dan hukumannya.
v.
Akta Teleperubatan 1997
Akta ini membolehkan para doktor dan
pengamal perubatan lain menggunakan jaringan internet untuk menjalankan operasi
perubatan dari jarak jauh. Ia memperuntukkan apa yang boleh dan apa yang tidak
boleh dilakukan oleh pengamal perubatan. Akta ini membawa bidang perubatan ke
satu tahap yang lebih tinggi lagi.
vi.
Akta Hak Cipta (Pindaan) 1997.
Akta ini memasukkan unsur-unsur yang
berkaitan dengan hakcipta dalam Akta induk.
Ini bermakna apa-apa hasil karya yang dilakukan di dalam dan melalui
internet adalah terlindung di bawah Akta Hakcipta.
vii.
Akta Perdagangan Elektronik 2006
Akta
Perdagangan Elektronik 2006 mengiktiraf dari segi undang-undang semua transaksi
yang dijalankan secara elektronik tetapi pada masa yang sama tidak menghalang
transaksi secara konvensional. Dengan adanya penentuan sah, perkara itu akan
memberi keyakinan kepada masyarakat secara umum untuk membuat transaksi secara
elektronik. Akta ini turut menekankan aspek pelindungan pengguna itu penting bagi memastikan pengguna secara amnya
mempunyai keyakinan untuk menjalankan transaksi secara elektonik.
i.
Akta Aktiviti Kerajaan Elektronik 2007
Akta Aktiviti Kerajaan Elektronik 2007
mengadakan peruntukan bagi pengiktirafan undang-undang mesej elektronik dalam
urusan Antara Kerajaan dengan orang awam.
Urusan-urusan seperti permohonan lesen, permohonan pendaftaran sebagai
kontraktor kerajaan dapat dijalankan secara elektronik untuk memudahkan urusan. Akta ini mengiktiraf pelaksanaan aktiviti
kerajaan secara elektronik seperti pelaksanaan urusan Kerajaan melalui Internet
atau Kiosk contohnya MyEG.
1.4
Privasi
1.4.1 Secara
umumnya privasi dalam penggunaan internet melibatkan:
i.
Perlindungan data
Teknologi terkini termasuk enkripsi
data digunakan untuk melindungi data yang dihantar dan mematuhi kepada piawaian
keselamatan yang ketat bagi menghalang capaian yang tidak dibenarkan daripada
di akses.
ii.
Keselamatan data
Semua storan elektronik dan
penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan
teknologi keselamatan yang sesuai.
1.4.2 Isu-isu
berkaitan privasi
i. Isu
keselamatan sistem maklumat dan perlindungan privasi pengguna. Bagi isu keselamatan melibatkan aksi pencerobohan
(intrusion) terhadap sistem maklumat, merosakkan atau membuat perubahan
terhadap sistem.
ii.
Penyebaran
virus menerusi sistem internet.
iii.
Isu
pencurian maklumat peribadi menerusi sistem maklumat.
iv.
Isu
spamming iaitu email masuk memenuhi store penyimpanan data tanpa perlu
pengesahan.
v.
Berkaitan
fungsi ticker, subscribe dan timeline dalam facebook yang membenarkan
perkongsian data tanpa perlu pengesahan.
No comments:
Post a Comment