2.1 Komponen Rangkaian
Perkakasan rangkaian komputer terdiri daripada :
2.1.1 Kabel
rangkaian
2.1.2 Kad antaramuka rangkaian (NIC)
2.1.3 Hab
2.1.4 Suis
(Switch)
2.1.5 Modem
2.1.6 Penghala
(Router)
2.1.7 Titik
pusat tanpa wayar (Wireless Access point)
Contoh Perkakasan
Komputer
2.1.1
Kabel Rangkaian dan RJ45
Rajah 2.1.1: Kabel RJ45
·
Digunakan untuk
menghubungkan komputer ke peranti dan peranti ke peranti dan sambungan ke
rangkaian internet.
·
Adalah perkakasan yang digunakan untuk
menghubungkan komputer dan peranti yang terdapat dalam rangkaian secara
berwayar.
Rajah
2.1. 2: Kad Antaramuka Rangkaian
·
Kad
antaramuka rangkaian merupakan satu peranti yang digunakan oleh komputer untuk berkomunikasi di dalam rangkaian.
·
Peranti
komunikasi yang membolehkan sesebuah komputer mengakses rangkaian dengan
menyediakan port rangkaian untuk sambungan ke kabel rangkaian.
·
Membolehkan
komputer berhubung sesama sendiri.
·
Kad
antaramuka untuk komputer meja dan komputer riba berbeza dari segi bentuk dan
rupa tetapi fungsinya adalah sama.
2.1.3 Hab
Rajah 2.1.3: Hab
·
Peranti
komunikasi ini berfungsi untuk menyambungkan beberapa komputer dan peranti di
dalam satu rangkaian kawasan setempat (LAN).
·
Hab
mempunyai port rangkaian. Apabila data tiba di suatu port rangkaian, data akan
disalin ke port rangkaian yang lain supaya semua peranti dalam rangkaian boleh
menerima data berkenaan.
·
Hab adalah sebuah peranti
yang berfungsi sebagai titik pusat bagi kabel - kabel dalam sesebuah rangkaian.
2.1.4
Suis (Switch)
Rajah
2.1.4: Suis
·
Peranti komunikasi ini
mempunyai fungsi yang sama dengan hab. Alat ini seakan sama dengan hab tetapi
ia lebih berupaya menyemak data yang telah diterima, menetukan alat penerima
dan menghantar data tersebut dengan tepat.
·
Suis
merupakan perkakasan rangkaian yang akan memilih
laluan semasa penghantaran data kepada destinasinya.
2.1.5 Modem
Rajah
2.1.5: Modem
·
Alat ini
membolehkan komputer menghantar data melalui
talian telefon atau kabel.
·
Merupakan
peranti yang menukar isyarat komputer berbentuk digital ke isyarat bentuk
analog dan sebaliknya untuk mendapat sambungan ke Internet.
2.1.6 Penghala
(Router)
Rajah
2.1.6 : Penghala
·
Penghala membawa data
daripada satu rangkaian kepada rangkaian yang lain.
·
|
·
Peranti
rangkaian komunikasi ini mempercepatkan
penyampaian data melalui laluan yang terbaik. Penghala juga berfungsi
sebagai penghubung rangkaian yang berbeza.
Kini, teknologi penghala telah berkembang dan semakin maju di
mana penghala, modem dan suis telah digabungkan di dalam satu komponen. Ini
lebih memudahkan pengguna untuk menggunakan satu komponen sahaja yang terdiri
daripada ketiga-tiga kompenen tersebut.
Rajah 2.1.6.:
Penghala (Wireless N-150 ADSL2+ 4-Port Router All in One)
2.1.7 Titik pusat tanpa wayar (Wireless
Access point)
Rajah
2.1.7: Titik pusat tanpa wayar
·
Alat ini
menghubungkan data komunikasi wayar untuk
membentuk satu rangkaian tanpa wayar.
·
Alat ini
merupakan sebuah peranti komunikasi yang berfungsi sebagai pusat penghantaran
dan penerimaan gelombang radio tanpa wayar di dalam sesebuah rangkaian.
·
Alat ini
berperanan seperti tiang penerima dan penghantar isyarat kepada peranti-peranti
lain.
·
Titik
capaian tanpa wayar tidak boleh berdiri sendiri untuk membuat sambungan ke
internet. Ia perlu disambungkan ke hab, suis atau penghala untuk menghantar dan
menerima isyarat dari peranti lain.
No comments:
Post a Comment